Friday, 21 September 2012

- Only for you

Salam, yep yep !
hi there.
okay, post ni sebenarnya untuk ex sahabat aku.
Kau ingat lagi tak kenangan-kenangan kita dulu?
Aku tak pernah lupakan kau, even kau dah benci sebencinya kat aku.
Tersentak juga hati aku, tapi aku reda.

Dude, asal kau dah berubah sejak kebelakangan ni?
Okay, kau ingat lagi tak kenangan kita dulu ? Time form 3.

Time kita janji nak gi kfc cuz ada jamuan pengawas,
kau tinggalkan aku lepas kau date dengan awek kau.
Time tu aku marah giler kat kau, tapi aku nampak kau tengah tunggu aku kat pokok tu. Aku merajuk, kau pujuk aku, kau bagi cekelat, tapi aku taknak,
aku pegang domo aku, and kau jalan depan aku.
Masa sampai kat kfc, kau pujuk aku,
tapi aku diam je.

Kau ingat lagi tak ?
Time rehat, kau suruh aku datang kat kelas kau,
aku datang, even time tu aku banyak homework,
then, kau bawa kuih raya, kau tiba-tiba cuap kat aku.
Dude, aku tak suka kau buat cam tu kat aku. Thats why aku lari.
Time tu CR datang, dia tanya buat apa and kenapa aku ngan kau ada kat kelas
tu, Aku blah ca tu jer.

Then, kau ingat tak masa tu, naim ajak kita raya rumah idin.
Tengok-tengok, aku sorang perempuan, tapi tak pe, kita lima orang jer,
time tu kau nga tengok cerita kat netbook idin, aku nga msg crush,
kat sofa tu, tiba-tiba, naim snap and letak kat fb. Pergh,
aku tak boleh nak kata apa dah, nak pujuk aku tak reti,
awek kau marah giler, aku gelak jer. harhar.
Then, kita gi raya rumah amin, Kau letak kucing dia kat aku, pergh, terkejut.
Aku suruh kau ambil, kau gelak-gelak. Terus aku gi kat khairi. Har-har.

Kau ingat tak lagi, masa kat gym semesti, aku teman kau,
kita gelak-gelak kat situ, Tiba- tiba, ayah kau call, masa aku nak balik, kau gelak-gelak,
time tu, aku dah nampak dah ayah kau tengah marah,
panggil nama kau kuat-kuat, kau stil gurau-gurau dengan aku, sampai aku bagi isyarat. Terus kau blah. Har-har. Tapi, ayah kau tak marah puns :p

Kau ingat lagi tak?
naim ajak kita lepaking kat kedai mamak dengan naim, anis, aku, kau.
Masa tu aku dah sampai kat kedai biasa, Anis and naim naik fixie.
Tiba-tiba, kau datang, and naim suruh aku naik motor kau ==
aku fikir seribu kali. Akhirnya terpaksa, aku duduk ujung-ujung haha.
Kau pulaks saje bawak laju and brekk depan bangla tu gelak je.
Malu nyer ><
Aku turun and marah-marah,  kau gelak. Masa lepak, tiba-tiba anis bukak citer,
"apsal korang tak couple jer"
aku terdiam, aku tak tau nak cakap apa, kau pandang aku, aku cakap
"cuz dia ada gf" huhu.
Then, kita gi jalan-jalan, malam tu aku on fb, ada orang IM tanya pasal pehal aku naik motor dengan kau, Harhar, someone jeles la .

Then, kau suka ambil barang aku and bawa lari, time tu aku bengang kuts.
tapi layan jela ==

Tapi, semua tu kenangankan, masuk form 4, kita dapat kelas sama,
kau berbeza, Berbeza sangat. tak cam aku kenal.
Lagi-lagi lepas kau dapat tau aku dah ada couple, kau dah suka
tumbuk aku, buat aku sakit hati, benci kat aku.
Dulu kau baik dengan aku, sekarang kenapa kau berubah?
bila aku tanya, kau cakap aku. Bila pulak ?
Kau start berubah masa tu kau demam, aku dekat dengan kau, tanya kau,
kau diam, aku pujuk kau, kau diam,
aku msg, kau diam. Sejak tu,
kau suka tumbuk-tumbuk aku. Then, minta maaf, aku diam.
Then, kau tak kawan aku. bila pencil aku jatuh, kau jadi jijik dengan apa yang aku miliki. Huhu.
Tapi aku biarkan perangai kau tu. Bila kau dah baik dengan aku, kau tetap buat cam tu,
sampai 1 hari kau cakap
"Aku benci kau, aku tanak kau jadi sahabat aku, aku nak kau benci aku, aku nak kau pindah dari sekolah ni"

Aku diam, and tengok mata kau, and kau faham tak,
kalau kau benci aku, kau tak perlu ambil barang-barang aku bawak lari, tak perlu sakitkan aku, tak perlu maki-maki aku,kau tak perlu tumbuk aku,
Tak perlu aku yang kena pindah.
Kau sendiri sepatutnya jangan ganggu aku.
Dude, aku sayang kau sebagai sahabat, tapi, kau musnahkannya
dengan menyakitkan hati aku.
TQ cuz kau sudi jadi sahabat aku, dan menjadi musuh aku.

Aku tak pernah menyangka semuanya berubah sekelip mata.
Kau tak pernah dan takkan tau betapa bahagianya aku menjadi sahabat kau masa form 3.

No comments:

Post a Comment